Macinadosatori XG e XGR

INOVASI HEBAT – SATU-SATUNYA MESIN PENGISAR-PENYUKAT KOPI DENGAN SUKATAN GRAM!

FIORENZATO, nama yang yang terkenal di serata dunia dengan reka bentuk dan inovasi teknologi, memperkenalkan pengisar-penyukat kopi yang baharu dalam siri XG dan XGR: PENGISAR-PENYUKAT KOPI YANG PERTAMA SEUMPAMANYA dengan teknologi berpaten yang MELARASKAN PENGISARAN mengikut GRAM, bukan mengikut saat seperti pengisar-penyukat kopi yang lain.
Mesin pengisar baharu ini membolehkan anda mengetahui, pada bila-bila masa, amaun sebenar kopi yang dikisar dan dihasilkan oleh pengisar-penyukat kopi dan bilangan cawan kopi yang dibancuh.
Tetapan harian dilakukan secara automatik dan mengambil masa kurang daripada seminit.
Untuk pengisar-penyukat kopi XGR, teknologi RFID mengecam secara automatik sama ada cawan pemegang penuras bersaiz satu atau dua cawan.

download catalog XGR patent_system_logo

PEMBANGUNAN PENGISAR-PENYUKAT KOPI ELEKTRONIK

1980an

T85

Pada awal 1980an, Fiorenzato memperkenalkan pengisar-penyukat kopi cawan tunggal yang pertama. Pada waktu itu, elektronik belum dibangunkan lagi tetapi pengisar kopi ini, yang dilengkapi dua motor, untuk satu sukatan dan dua sukatan, dilengkapi peranti elektromekanik dengan pemasa manual.

Dengan model ini, ELEKTRONIK diperkenalkan.

2009

F64 E

Pengeluaran Oktober 2009: mesin pengisar kopi pertama yang memperkenalkan sistem CAPSENSE mendapat sambutan hangat. Mesin digital sepenuhnya ini dilengkapi paparan yang boleh disesuaikan, fungsi kalendar dalaman, pengawasan haus pengisar secara automatik dan paparan statistik bagi penggunaan harian dan mingguan.

Matlamat kami adalah untuk merintis teknologi mendahului zaman dan menjadi syarikat yang pertama menawarkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pasaran.

2014

F64 E v2

Kerjasama dengan PIO&TITOTOSO pada Disember 2014 menghasilkan pengeluaran F64 E yang baharu, dengan reka bentuk inovatif dan skrin sentuh paparan warna LCD yang menawarkan banyak pilihan yang boleh disesuaikan. Mesin ini dilengkapi kuar suhu dan kelembapan untuk membantu pengguna memilih tahap pengisaran yang betul.

Produk yang INOVATIF, menawarkan hasil yang luar biasa, tahan lasak dan tahan lama.

2015

F64 E XGR

Pengeluaran November 2015: satu-satunya pengisar-penyukat kopi di dunia yang melaraskan pengisaran mengikut sukatan gram telah dicipta. Menggunakan sistem RFID, mesin pengisar ini mengecam cawan pemegang penuras secara automatik. Dengan model ini, Fiorenzato merintis teknologi mendahului zaman untuk menawarkan penyelesaian yang tepat bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan.

Sistem AUTOMASI yang direka oleh profesional:
inilah titik perubahan bagi sektor ini.

2017

F64 E XGi

Pengeluaran November 2017:Dengan adanya paten inovatif pengisar kopi XGi kuantiti kopi yang dituang, dikira dalam gram dan ditetapkan SEKALI SAHAJA, tidak akan berubah untuk menjamin amaun yang tepat dan mengelakkan pembaziran.

TEKNOLOGI MEMFOKUSKAN KEJITUAN DALAM MODEL “pintar” XGi